Betul ke ramai rakyat Malaysia Kebal daripada racun dan bahan kimia?

Bagaimana dengan anda?

 
  • Lebihan Toksik Jejas Fungsi Hati (Berita Harian 14/06/07)

KEHIDUPAN masa kini membuatkan kita sukar untuk mengelak daripada pencemaran. Ini kerana pencemaran dan toksik boleh datang daripada pelbagai sumber seperti pencemaran alam sekitar, racun serangga dan rumpai, alat penyembur dan bahan pencuci kegunaan rumah, pemakanan serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol dan kesan ubat-ubatan yang diambil dalam jangka panjang. Kandungan toksik yang berlebihan dalam badan akan membebankan dan menjejaskan fungsi hati yang bertindak sebagai organ penyingkiran toksik badan yang utama.

  • PCA Syor Kawal Racun Seludup (Berita Harian 11/05/07)

Pihak berkuasa perlu mengetatkan pemeriksaan di pintu sempadan Malaysia-Thailand bagi membendung kemasukan baja dan racun serangga diharamkan yang dipercayai digunakan secara meluas untuk tanaman sayur-sayuran di Cameron Highlands. Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA), Syed Abd Rahman Syed Alli, berkata amalan pekebun sayur menggunakan racun serangga yang diharamkan bukan saja berlaku di Cameron Highlands tetapi di di kawasan rendah.

  • Racun Haram Berleluasa di Cameron Highlands (Berita Harian 09/05/07)

Sebahagian besar pekebun sayur di sini, dipercayai menggunakan baja yang diharamkan dari Thailand untuk memastikan tanaman mereka sentiasa kelihatan segar dan tahan lama. Pekebun sayur sendiri mendakwa sekurang-kurangnya 90 peratus daripada lebih 4,000 petani di kawasan tanah tinggi itu menggunakan baja berkenaan dan racun serangga diharamkan sejak bertahun lalu tanpa dikenakan tindakan pihak berkuasa.

  • Sayur dari Selangor Mengandungi Kesan Racun Serangga yang Tinggi (KLPOS 28/08/07)

 
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan takut tak tengok petikan-petikan diatas tu?  Kalau Tuan/Puan takut… Baby lagi la takut.  Ye la…. Baby kan ke baru nak kenal dunia, dah tengok benda-benda camni.  Kesian kan, Baby dan kawan-kawan Baby yang lain kena makan sayuran dan buahan yang ada racun.

Tapi kan… Tuan/Puan tak payah risau-risau lagi tau.  Anak-anak, adik-adik dan saudara-mara Tuan/Puan tak perlu lagi makan sayuran dan buahan yang ada racun.  Macam Baby, Mama dan Papa tak beli dah sayur kat market pasal takut ada racun.  Tapi Baby tetap makan sayur hari-hari.   Camna ye?  Mesti la Papa dan Mama tanam sendiri.  Tuan/Puan rasa susah ke tanam sendiri?  Taklah…. Senang sangat!  Baby pun boleh tanam sendiri sayuran yang Baby suka.  Tak payah pun pegang cangkul,  korek tanah pun tak payah… senang sangat!

Tuan/Puan mesti kata… mana ada orang tanam sayur tak guna cangkul, tak korek tanah?  Haa… itu la yang bestnya sistem yang Baby nak bagitau kat Tuan/Puan ni. 

Ini la system Natural Farming.  Semuanya senang.  Nak tau camna?  Datang la ke sini… Papa dan Mama akan ajarkan semuanya pada Tuan/Puan bila Tuan/Puan datang ke kursus Natural Farming kami.

Sebelum kita cerita lagi baik baby perkenalkan diri dulu ye… Nama betul Baby ni Siti Qadhijah Nazirah Bt. Nazrul Azam.  Mama dan Papa bagi nama baby ni sempena nama isteri Nabi Muhammad S.A.W.  Mama, Papa, saudara dan semua orang kat sini panggi saya Baby saja.  Baby baru 7 tahun.  Sekolah tahun 1.  Baby ada seorang abang dan seorang adik.  Kami tiga beradik saja.

Baby ni suka sangat makan sayur.  Apa-apa sayur yang mama masak semuanya Baby makan.  Itu la sebabnya Baby ni seorang kanak-kanak yang sihat.  Kat sekolah Baby tak pernah dapat bawah dari No. 3.  Kat sekolah agama petang pun dah banyak doa-doa dan surah-surah yang Baby dah hafal.

 

Tuan/Puan pernah pergi Cameron Highlands tak?  Baby selalu pergi sana dengan Papa dan Mama.  Papa memang suka pergi Cameron Highlands ni.  Ni Baby nak cerita sikit apa yang jadi masa Baby pergi sana masa cuti Disember 2007 dulu.

Baby ni pun macam budak-budak lain jugak… kalau pergi Cameron highlands ni mestila cari Strawberry.  Masa kami nak balik dari Cameron Highlands tu, Papa belikan banyak strawberry untuk bekalan kami makan bila sampai rumah nanti.  Petang tu masa dirumah, kami tiga beradik pun banyak makan strawberry.  Tiba-tiba, malam tu kami tiga beradik semua

sakit perut, pening kepala dan muntah-muntah.  Doktor kata mungkin kami kena keracunan makanan.  Papa dan Mama terus bawak strawberry yang lebih tu pergi check kat makmal.   Rupa-rupanya strawberry yang kami makan ada kesan racun lagi.  Papa dan Mama memang marahh tapi apa boleh buat.  Kita bukannya tau siapa yang tanam tu,  yang kami beli tu penjual saja.  Mulai dari inilah Papa mula buat kajian sendiri.

Merata Papa telefon, banyak Papa baca dan ada kalau ada kelapangan, Papa sendiri akan pergi ke Cameron untuk bertanya dan tengok sendiri macam mana petani kat sana bercucuk-tanam.  Papa dapat tahu yang :

  • Ramai petani di Cameron Highlands yang menggunakan racun terlarang yang diharamkan.
  • Kebanyakan racun-racun ini adalah terlalu kuat.
  • Bila musim cuti sekolah, bila permintaan sayuran dan buahan tinggi,  sayuran dan buahan dikutip lebih awal walaupun baru disembur. 
  • Selepas dikutip, sayuran dan buahan disembur lagi dengan bahan kimia untuk membolehkannya tahan lebih lama.


Patutla kami semua sakit perut malam tu.   Tapi bukan tu saja tau.  Ada lagi Papa cerita kat Baby:

  • Semua ni bukannya di Cameron saja, malah di kebanyakan ladang-ladang komersial yang lain.
  • Bila petani-petani sembur racun secara berlebihan, ada yang akan terbebas ke udara dan akan menyebabkan hujan asid.
  • Hujan ini akan mencemarkan sungai dan air minuman kita.
  • Hujan asid juga akan menyebabkan banyak pokok dan tumbuhan mati.  Bila banyak pokok mati, hakisan tanah akan berlaku.
  • Bila tanah banyak terhakis, banjir kilat akan lebih kerap berlaku.
  • Tempat yang kurang pokok-pokok akan menjadi lebih panas.
  • Racun-racun perosak akan menyebabkan banyak serangga bermanfaat lain juga mati.
  • Hasilnya ialah alam yang tidak seimbang.  Serangga yang patut ada akan berkurangan atau mati semuanya.  Contohnya : bagaimana nak dapatkan hasil buahan yang banyak jika lebah kurang atau langsung tiada?
  • Baja yang digunakan terlalu banyak juga akan mengakibatkan tanah menjadi kontang kerana organism dan mikroorganisma di dalam tanah akan mati akibat dari baja kimia.

 

Itulah antara perkara-perkara yang Papa ceritakan pada Baby.  Tak sanggup lagi baby nak dengar cerita-cerita ni. 

Kalau dah tak boleh makan sayuran dan buahan ni camna? Baby kan suka makan sayur.  Memang la boleh beli yang organic tapi teruk la Mama dan Papa nak beli selalu.  Kan ke sayur organic mahal?

Mulai dari hari tu Papa mula belajar mengenai sistem-sistem pertanian lain.  Papa berusaha mencari sistem pertanian yang bukan saja selamat tapi boleh digunakan oleh semua orang.  Akhirnya Papa terjumpa dengan sistem Natural Farming.  Apa bendanya Natural Farming ni?  Papa kata Natural Farming ni maknanya :

 

“Do-Nothing Farming, also known as Natural Farming, the Fukuoka Method, Fukuoka Farming, is an alternative farming method to chemical or traditional farming. Developed for 30 years by Masanobu Fukuoka of Japan, this method includes the use of crop rotation, minimal irrigation, no or reduced tillage, "seed balls," and allowing natural regulation of pests”


Papa betul-betul bersungguh-sungguh belajar pasal Natural Farming ni.  Pasal tak ada lagi yang buat Natural Farming di Malaysia,  Papa terpaksa la belajar di luar Negara.  Papa pergi ke Jepun pasal kat sana la bermulanya Natural Farming,  lepas tu Papa ke Korea pulak pasal kat sana ada sebuah ladang Natural Farming yang terkenal diseluruh dunia dan Papa juga ke India untuk belajar dengan petani-petani di kampung yang sejak dari dulu lagi menggunakan asas natural Farming ni.

Dengan semua ilmu yang Papa dapat ni, Papa terus buka kebun Natural Farming kami sendiri kat Parit Buntar, Perak.  Luas kebun kami 2.5 ekar.  Walaupun tak luas sangat tapi macam-macam kami tanam sama-sama.  Cili, cili padi, terung, jagung, tembikai, timun, kacang panjang, kacang buncis, salad, broccoli, flocolli, lobak dan lain-lain. 

 
 

Masa mula-mula Papa bukak kebun ni, ramai yang mengata macam-macam.  Tambah lagi bila Papa kata tak mau guna racun dan baja kimia langsung.  Semua kata kebun kami ni tak akan menjadi.  Tapi sekarang ni dah 4 bulan kebun kami ni dibuka dan inilah antara hasil-hasil yang kami dapat:


Bendi : 50kg/sehari                     Cili Padi : 40kg/sehari
Cili : 60kg/sehari                          Kacang Panjang : 40kg/sehari
Kacang Buncis : 40kg/sehari     Salad : 30kg/sehari

Tengok la… tak guna baja kimia dan racun pun boleh dapat hasil yang banyak.  Sebab itu la Baby nak ajak Tuan/Puan datang berkursus dengan Papa dan Mama.  Banyak yang Tuan/Puan akan belajar nanti.  Datang la ye…

 

Natural Farming ni kalau Tuan/Puan nak tau, bukan saja selamat tapi banyak lagi kebaikannya.  Antara kebaikan yang selalu Baby dengan Papa dan Mama ceritakan ialah:

Menjimatkan Kos.  Yang ni Baby pun tau.  Pasal Baby sendiri nampak Papa bukannya keluar duit banyak untuk kebun ni.  Boleh kata hampir semuanya buat sendiri.  Tanah kompos, Baja, Racun semuanya buat sendiri.  Yang lagi bestnya, semua bahan-bahan yang Papa guna tu hampir semua boleh dapat free atau kalau nak kena beli pun murah sangat.  Rumput, tumbuhan pagar, sayur tua, semua Papa recycle buat baja.  Papa guna juga kepala ikan (dapat free je kat market),  buahan yang dah busuk

 
(ini pun dapat free), suratkhabar lama (pun free jugak) dan banyak lagi la…. Memang jimat sungguh! Boleh la Papa beli mainan Baby banyak-banyak lagi!

Menjimatkan Masa.  Baby Nampak pokok-pokok kat kebun Papa semua cepat besar, sihat dan cepat berbunga.  Hasil pun cepat la dapat.  Lagipun Papa tanam terus atas tanah.  Tak payah lagi guna beg plastic.

Peningkatan Hasil.  Pokok-pokok kat kebun kami ni bukannya banyak sangat sebenarnya tapi hasilnya memang banyak sungguh.  Sampai berjam-jam pekerja  Papa kena kutip pagi - pagi.

Mesra Alam.  Yang  ni Baby dah ceritakan awal-awal tadi kan.   Bila kita dah tak gunakan baja dan racun kimia, tak ada la pencemaran alam.  Kat dalam kebun kami ni memang selamat.  Cuba tengok gambar kat atas sekali tu,  sambil tengah sembur pun boleh makan lagi.   Mask pun tak payah guna.  Semua bahan semulajadi, kena kulit pun tak ada apa-apa.

 

Selamat dan Suci.  Bila dah tak ada bahan kimia, semuanya selamat untuk dimakan.  Baby ingat lagi camna dulu-dulu Mama selalu rendam sayur lama-lama untuk buang racun.  Sekarang ni dah tak payah dah… Cuma cuci kotor-kotor sikit je, pastu boleh makan terus. 

Papa ada cerita kat Baby jugak yang banyak petani komersial suka guna satu bahan ni….isy! Baby tak lalu la nak sebut benda tu… Nanti Tuan/Puan Tanya sendiri kat Papa/Mama ye.  Jadi bila petani-petani guna bahan ni,  sayuran tu dah jadi tak halal la…  Kesian orang-orang Islam,  bukan orang Islam je… orang bukan Islam pun kalau tau pasal bahan ni MESTI tak lalu jugak.


Lebih Mudah dan Senang.  Pasal ni pun memang Baby tau sangat.  Bayangkan punya la senang sampai Baby dengan Abang pun boleh tolong tanam sama-sama.  Kami berdua pun ada batas sendiri.  Cangkul pun tak payah guna.  Mesti Tuan/Puan tak percaya kan camna orang tanam sayur tak guna cangkul?  Nanti Tuan/Puan mesti kena datang kursus ni untuk belajar dengan Papa dan Mama.

Hasil Lebih Sedap.  Buahan semua lebih manis.  Sayuran tak pahit sampai Adik Baby yang liat makan sayur tu pun kata sedap.  Semua ni hasil dari Natural Farming la.  Tuan/Puan nanti datang sini, petik sendiri dan rasa sendiri, tengok betul tak apa Baby kata.

Tanaman lebih ketahanan.  Papa selalu cerita kat orang yang Natural Farming ni lebih menekankan pencegahan dari rawatan.  Macam Tuan/Puan la, mana yang Tuan/Puan lebih suka? Cegah Demam Denggi ke Rawat Demam Denggi?  Itu la sebabnya Papa kata semua baja Natural Farming ni khas untuk tanaman lebih sihat dan tahan dari penyakit.  Jadi jarang ada tanaman kat kebun kami yang berpenyakit dan kena serangan perosak.

Itulah dia Tuan/Puan antara kebaikan Natural Farming yang Papa dan Mama ceritakan pada baby. 

Papa kata, kalau ada yang masih ragu-ragu, bukti  yang paling jelas tentang kejayaan dan kebaikan Natural Farming ni boleh dilihat sendiri kat Qadhijah Natural Farm.  Tak ada lagi kebun yang berani menggunakan 100% Natural Farming dalam kebun mereka, kalau yang ada pun cuma mereka ambil sikit-sikit saja.  Tuan/Puan boleh tengok sendiri gambar-gambar kebun kami ni.  Sekarang ni, setiap hari sayur-sayur di Qadhijah Natural Farm ni habis,  pasal ramai orang dah tau tentang kelebihan sayuran kami kalau nak banding dengan yang lain.  Ramai juga yang dah mula tanam sendiri di rumah, semuanya hasil dari tunjuk ajar Papa dan Mama.  Tuan/Puan bila lagi?

 
 

Mesti Tuan/Puan dah tak sabar nak datang sini kan?  Selain dari berkursus, Tuan/Puan boleh la petik sendiri hasil-hasil kat Qadhijah Natural Farm kan? Tuan/Puan pun boleh la jumpa Baby nanti…

Papa dan Mama juga ada sediakan minum pagi dan juga makan tengahari masa kursus nanti.  Memang sedap… Gulai Ikan Sembilang yang terkenal di Parit Buntar ni pun ada jugak…


Selain dari tu,  Papa dah sediakan manual untuk rujukan Tuan/Puan nanti,  jadi kalau Tuan/Puan terlupa boleh la Tuan/Puan rujuk semula manual tu nanti.  Semua lengkap Papa dah sediakan.  Kalau Tuan/Puan rasa ada sebarang masalah lepas balik dari kursus nanti, Tuan/Puan boleh terus call/SMS Papa atau Mama untuk sebarang pertanyaan.  Maknanya, Papa dan Mama akan berikan khidmat nasihat SAMPAI Tuan/Puan berjaya nanti.

 

Lagi satu, bila Tuan/Puan dah habis kursus, sebelum balik, Tuan/Puan boleh petik APA SAJA yang Tuan/Puan nak di Qadhijah Natural Farm untuk dibawa balik.

Bestkan?  Jadi Baby harap dapat jumpa Tuan/Puan nanti disini ye, kalau Tuan/Puan ada anak atau adik yang sebaya Baby bawak la sekali ye… dapat Baby tambah kawan-kawan baru.

Baby rasa setakat ni saja Baby nak tulis,  kalau Tuan/Puan nak tanya apa-apa lagi, boleh hubungi Papa atau Mama terus. 

Terima Kasih kerana sudi baca dan InsyaAllah kita jumpa nanti.


Siti Qadhijah Nazirah,

 
 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berapakah pelaburan Tuan/Puan untuk kursus kami? 

Tuan/Puan akan berkursus selama 2 hari disini hanya dengan melabur sebanyak RM300 sahaja.  Cukup ekonomi jika nak dibandingkan dengan apa yang Tuan/Puan akan dapat disini. 

Inilah yang Tuan/Puan akan dapat dengan pelaburan RM300.00.

  1. Mempelajari Teori Natural Farming
  2. Melawat Qadhijah Natural Farm untuk latihan praktikal
  3. Sarapan Pagi, Minum pagi, makan tengahari dan minum petang
  4. Nota dan Manual
  5. Khidmat Nasihat berterusan SEHINGGA BERJAYA
  6. Hasil Tanaman dari Qadhijah Natural Farm (3kg seorang)

Setiap  pelaburan Tuan/Puan akan diberikan jaminan Kembalian Wang 100% sekiranya apa yang kami kongsi bersama nanti tidak dapat dipraktikkan di tempat Tuan/Puan.  Tuan/Puan akan menerima khidmat nasihat secara berterusan dari kami sehinggalah Tuan/Puan berjaya namun begitu sekiranya terdapat sebarang masalah yang menjadikan segala usaha Tuan/Puan gagal seperti keadaan tanah dan cuaca di kawasan tuan yang tidak kondusif, maka kami akan mengembalikan wang Tuan/Puan 100%.


Ini bermakna Tuan/Puan bakal menghadiri kursus ini 100% TANPA RISIKO.

Untuk memastikan setiap peserta dapat berinteraksi dan mempelajari segalanya dengan kondusif, kami menghadkan maksima 50 orang peserta pada setiap satu sessi dan biasanya setiap hujung minggu sessi kami sentiasa penuh terutama sekali dengan kehadiran peserta-peserta sekitar Kerian dan Pulau Pinang.  Oleh itu, Tuan/Puan amat-amat digalakkan untuk mengesahkan kehadiran Tuan/Puan dengan SEGERA untuk memastikan Tuan/Puan mendapat tarikh yang sesuai dengan jadual Tuan/Puan.  Penempatan peserta pada satu-satu sessi adalah berdasarkan first come first serve.

Oleh itu, sebelum terlambat,  saya mengesa anda untuk segera mengesahkan pendaftaran anda dengan mengisi borang yang disediakan ini beserta deposit anda sebanyak RM50 sahaja.  Klik daftar sekarang juga untuk mengesahkan kehadiran anda.


Saya pasti Tuan/Puan akan membelanjakan ribuan ringgit dan masa bertahun-tahun semata-mata untuk mempelajari konsep Natural Farming ini.  Bagaimana saya tahu semua ini?  Kerana saya sendiri telah mengalaminya.  Saya telah menghabiskan puluhan ribu ringgit dan masa yang lama mempelajari secara mendalam mengenai Natural Farming ini sehingga ke Jepun, Korea dan juga India.  Tuan/Puan tidak perlu melalui kesemua ini.  Tuan/Puan akan mendapat kesemua ilmu-ilmu yang telah saya pelajari itu dengan hanya melaburkan RM300 dan juga 2 hari sahaja.  Sahkan kehadiran Tuan/Puan Sekarang!


Tarikh Kursus yang akan datang:

Tarikh

Tempat

Status

5 - 6 Disember

Parit Buntar

BERJAYA DILAKSANAKAN

26 - 27 Disember
Parit Buntar
BERJAYA DILAKSANAKAN
9 - 10 Januari 2010
Parit Buntar
BERJAYA DILAKSANAKAN
1-2 MEI 2010
Parit Buntar
BERJAYA DILAKSANAKAN
19 - 20 JUN 2010
Parit Buntar
DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN

 

Ikuti Kami di Facebook

Qadhijah Natural Farm juga sedia menjalankan kursus di tempat Tuan/Puan sendiri .  Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Anda boleh membuat pengesahan pendaftaran dengan salah satu cara mudah berikut:


Kirimkan Cek / Wang pos beserta borang pesanan yang lengkap diisi ke alamat syarikat.  Cek / wang pos perlu dikeluarkan diatas nama PL Global Industries Sdn Bhd.
   
Depositkan terus ke salah satu dari akaun bank dibawah.  Slip pembayaran hendaklah difaxkan ke pejabat kami beserta borang pesanan.
   

Melalui internet banking transfer ke salah satu dari akaun bank dibawah.  Copy dan Paste bukti pembayaran ke borang pesanan dan klik pada butang berikut.



BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD- 08013010071894 : PL Global Industries Sdn Bhd
MAYBANK-1080 3902 3844 : Nazrul Azam Bin Man
CIMB BANK - 0809-0019317-529 : Zaharah Mohamed dan Nazrul Azam

 

PL Global Industries Sdn Bhd,
41, Jalan Maharaja, Pusat Bandar,
34200 Parit Buntar, Perak
05-716 7417 / 016 510 8574
FAX-05 7171613